23.5.15

Encik Prince

Assalamualaikum.

Lamanya nda buat entry. Bukan apa. Banyak faktor-faktor yang menghalang aku untuk update entry. Salah satunya adalah faktor malas. Ok sebenarnya memang malas ja pun. Takda faktor lain. Hiks. Sekarang ni dah second year kat uni. MashaAllah cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru ja mendaftar, baru ja mau teroka seluruh uni, baru ja mau berkenalan dengan kosmate, dengan kawan-kawan baru. Lahai next sem dah masuk final year. Ya rabbi nda sedar masa cepat sangat berlalu. Life is getting rough. Serious talk. Adik-adik nanti bila dah masuk uni, kuatkan hati dan mental adik-adik okkk. Ni betul-betul, bukan main-main. Banyak drama.


Ok malas mau cakap pasal drama. Oh ya, yesterday birthday encik prince kite. Siapa encik prince? Encik prince is encik prince lah. Ahaks. Before birthday encik prince, memang kalut nak bagi hadiah apa. Ada kawan yang suggest kasut, wallet, belt, jam tangan, baju and so whatevs la. Ada lagi sorang suruh buatkan kek. And I was like….. hm OK BUAT KEK GUNA RICE COOKER KAN??? So fikir punya fikir, aku decide nak bagi encik prince jam tangan. Nak cari jam pun punya susah. Aku ni biasanya kalau beli barang macam jam ni memang simple. Asal aku tengok yang ada rupa boleh tahan lama, memang aku terus rembat jam tu. Tapi ehem, ni untuk encik prince kot. So aku pun minta tolong la dengan Leha dan Daud. Thanks guys sanggup teman aku awal pagi pergi cari gift untuk encik prince.


Time pilih jam tu pun dah rambang mata dah. Daud suruh beli yang tu, Leha suruh beli yang ni, dan aku pun jadi juling. Last sekali uncle kedai tu yang suggestkan. Hahaha. So lepas uncle tu bagi hujah-hujah dia, aku pun orite uncle dah la ok saya beli jam yang uncle suggest ok. Haha. Leha dan Daud pun setuju dan akhirnya birthday gift untuk encik prince pun dah ada. Yeay!


Dan bila tiba hari kejadian, aku pun keluar la dengan encik prince. Tapi aku tengok mood encik prince macam kurang ok, nda senyum pun. :’( Maybe dia penat dengan assignments yang kena hantar next week, fyp and so on. First aku ingat mau bagi gift tu time dia hantar aku balik, tapi time makan tu aku banyak berfikir. Aku pun nak juga tengok dia guna hadiah yang aku bagi. So, lepas makan tu, terus aku bagi dia. And he was like… ok what is dis gurl? Haha ok jk. Taraa. At last ada juga senyuman terukir dibibir encik prince ku yang tersayang. Hiks. Aku sebenarnya kalau boleh mau jadikan hari tu sangat bermakna untuk encik prince. Kebelakangan ni aku tengok dia macam stress ja dengan semua assignment. Tapi kan semalam filled with laugh, tears, happiness and sadness. Haha acaner tu. Semua ada. Yang tu biarlah menjadi rahsia antara kita kan encik prince. Kang kalau cerita semua, nda best la pula. Hiks.



Dear encik prince, happy 21st birthday. Belajar elok-elok. Next sem final year, then grad, then ada rezeki dapat kerja yang elok-elok, balas jasa ibu abah, then kita kahwin. Eheheheh. Thank you encik prince sebab tahan dengan saya yang cepat berubah mood, suka marah-marah, cepat merajuk and whatevs yang sewaktu dengannya. Semoga encik prince tetap sabar layan karenah saya yang bermacam dan semoga encik prince nda nakal-nakal. Ehe.



6.2.14

Those moments

Assalamualaikum

Kali ni, hati ni tiba-tiba teringat moments time high school. How I miss those moments back in high school especially in form 6! Let's review some of them :')


Yeah that's my meja. Tudia sekali pandang ang dah boleh cam meja ceq. Kedapatan juga akhirnya kalau aku ni sebenarnya suka buat vandalisme. Hahaha. Kalau boleh semua harta benda sekolah aku p conteng. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah memang susah habit menconteng tu dikikis. Old habits die hard :-)





Calon-calon stpm tengah bertungkus lumus study untuk menghadapi exam yang bakal menjelang. Tapi cuba engko tengok apa yang classmates aku tengah buat masa tu. Haha. Memang terbaik wok. Gwa salute sama lu.



Okay tudia Norshahira Md Nor aka Ira aka Scha *gwa ja yang boleh panggil scha*. She is one of my bff. I love her so much. Dia ni nampak ja pendiam tapi sebenarnya memang pendiam jugak la kalau nda kenal dia. Pemalu macam gwa , baik dan mempunyai otak yang gila-gila macam gwa. Scha ni kan dia boleh detect kalau aku tengah buat prank dengan someone tu. Lepastu dia pun ikut sama prank orang tu. Dia ni penakut juga. Takut ditinggalkan oleh kawan baiknya. Selalu dia pesan dengan aku supaya jangan lupakan dan tinggalkan dia. :') Sekarang ni dia study di unimas. Be strong sayang. Aku tahu kau kuat. Jangan biarkan orang lain naik kepala dengan kau k. Kalau ada orang dengki dengan kau, ingat pesan aku, cakap depan diorang, "IDGAF" Hahahahahha jk jk. Jangan terlalu fikirkan perasaan orang lain sampai kau sendiri yang tersiksa k. I love you. Semoga kita berjaya mencapai cita-cita dimasa hadapan dan dapat jodoh yang baik. InshaAllah amin. Adoyy kecoq ayaq lioq tengok sup tu *Q*

Form 5

Gambar kelas form 6 dengan guru kelas, cikgu Morsonah. Bagi aku gambar ni precious sangat :')

Dengan guru ekonomi. Cikgu Wawa (kiri) dan Cikgu Vivi (kanan). Love you cikgu(s)!




Guru MUET, mama Chiam. Awh I always love her from day one!



Ni cikgu Adam, guru Pengajian Am. Jenis yang cool, baik dan lucu. Kadang-kadang aku terpanggil dia acai. Tapi apapun gwa tetap sayang dengan cikgu Adam (y)
Tetiba pulak terselit gambar engko

4.1.14

Thank you 2013 - Part 1

Assalamualaikum.

Hi uols. Syukur alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di tahun 2014 ini. Eh 2014? Laa cepatnya masa berlalu. Hehe. Agak lama nda update belog. Kenapa? Busy maybe? Seh. Memang busy menguruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan esaimen, presentation, exam dan exam. Sekarang ni musim final, tapi hatiku terpanggil untuk update blog. Mahu release tension... lah sangat.

Thank you 2013. Tahun yang mengajar aku banyak benda, mencipta pelbagai pengalaman manis, pahit, masam dan juga masin. Ewah gitu. Padahal setiap tahun pun banyak pengalaman dan memori yang berbeza. But yang bestnya 2013 ni, aku dapat pegalaman jadi guru ganti, melanjutkan pelajaran di U, dapat esaimen yang asdfghjkl, dapat jumpa kawan-kawan baru yang awesome, dapat usha oppa-oppa handsome eh? Mihihi tidak la. Gurau gurau ja. Jangan nak menggatal oke. Kang ada yang..... Oke oke stop! Banyak cerita yang mau dikongsi, tapi slow slow la eh. Tunggu part 2.




Okay gambar yang atas tu student darjah 3 and gambar bawah student darjah 5 yang aku ajar time jadi guru ganti pada bulan Februari hingga April 2013 di SK Bahagia. First time nak mengajar tu memang nervous tahap pergh. Kena jumpa guru besar untuk lapor diri. Memang dupdap juga la jantung time lapor diri tu. Tapi aku bernasib baik sebab time tu bos sedang bercuti. Pheww. So kena jumpa penolong kanan ja la. Ala penolong kanan tu pun jiran iols, cikgu Dayang. Nda juga la rasa segan sangat. And then bila dia bagitau tugas, terdiam seketika juga la aku sebab aku kena jadi guru kelas untuk darjah 5 Amanah dan ketua panitia subjek Muzik. Tanjat boboi. Luckily, dia cakap tugas ketua panitia tu aku nda perlu buat apa-apa sebab agak berat juga kerjanya tu. Maceh cikgu. Aku kena ajar 2 subjek iaitu English dan Muzik.

Kelas pertama yang aku masuk iz kelas 5 Amanah. Pertemuan yang sangat awkward disebabkan aku ni bukanlah jenis yang banyak bercakap dengan orang baru. Tapi ku gagahkan jua diri ini untuk jadi seramah-ramah manusia kat diorang. Nasib baik diorang ni pun baik, dengar cakap, even kadang-kadang annoying. Sangat cute, bijak and biasalah budak-budak ni, diorang perasan tahu akan semua benda. Hahaha. Yang buat aku terharu sangat-sangat dengan 5 Amanah ni, time diorang tahu aku last day ajar diorang, sanggup diorang buat surprise party untuk aku. Sobs. I iz touched uols. Diorang sudah plan awal-awal bawa mee goreng, nasi goreng, sosej, kuih muih, kek dan banyak lagi la. Actually aku memang dah agak diorang plan surprise party ni. Bahaha. Tapi disebabkan nampak kesungguhan diorang buat party ni, aku pun buat-buat terkejut time diorang cakap "SURPRISE TEACHER!!". Hehe. Apapun, teacher sayang 5 Amanah sangat-sangat. Good luck UPSR 2014 okay sayang sayang ku sekalian. Mwah mwah 

Okay student darjah 3 aku ajar kelas Amanah jugakk. 3 Amanah. Disinilah hero-hero sebenar muncul. Tudia. Biasa la kan budak umur 9 tahun ni, kadang lagi memeningkan dari budak umur 11 tahun tu. Diorang ni memang cute dan sangat cute, agak nakal juga la especially bdk lelaki. Tbh aku pun nda tau macam mana mau gambarkan perwatakan diorang ni. Haha. Hari terakhir aku mengajar, satu kelas tu menangis. Ya Allah. Sampai aku pun nda tau mau buat apa. Guru-guru dari kelas sebelah pun hairan. Matila payau. Habis anak orang aku bagi menangis. Even yang paling nakal pun menangis. Semua suruh aku stay. Lepastu time balik tu, diorang penuhkan kereta aku dengan surat-surat diorang. Hehe. Ndapala. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi okay anak anak didikku. Teacher sayang 3 Amanah 

Actually ada lagi beberapa kelas yang aku ajar mcm kelas 5 Arif, 3 Arif, 3 Harmoni. Tapi aku lebih banyak luangkan masa dengan 3 dan 5 Amanah, so lebih rapat dengan diorang la. Yang lain pun teacher sayang juga. Hee. Ewah ber'teacher' gituuu. Anyway, thank you for the memories. Thank you from the bottom of my heart for letting me be your teacher *even ilmu masih ciput*. It means a lot to me to know that you enjoy my classes. It has been an amazing year because of you. Thank you again. I love you.

23.7.13

Hum Saath-Saath Hain

Assalamualaikum.

Hello. Hi. Ehem. Hawayu evelibodi? Sihat? Patik disini sihat sihat sahaja. Alhamdulillah. Ehem. Apa tu Hum Saath-Saath Hain tu? Ehem. Tu tajuk movie Bollywood favorite aku. Hewhew. Ehem. Amboi dok ehem-ehem pulak aku ni kan. Anywayyyy, ni nak habaq pasai filem tu. Aku memang suka gegila dengan movie tu. Sangat suka. Suka tahap moksya. Tudia. Hohoho. Cerita ni best. Pasal family, fun and love. 


Actually ada 4 pasangan, tapi 3 pasangan la yang paling menonjol. Okay so kat sebelah kiri tu pasangan Prem Preeti. Pasangan favorite aku. Muahh muahh. Haha. Memang dari aku kecil lagi aku suka gegila dengan pasangan ni. Pasangan paling sweet, selalu malu malu kucing, paling superb la! Aww Kim Myungsoo, jom jadi couple macam diorang ni. Ayeeeee. Memang kalau sudah spazz pasal diorang dua ni, susah aku mau berhenti. Hahaha. Prem (Salman Khan) ni business student di Amewika ops America. Preeti (Sonali Bendre) ni seorang doktor. Diorang dua ni memang suka sama suka dari kecik-kecik lagi, tapi tu la. Selalu malu-malu. Ayeeee sebab diorang selalu malu malu tu la aku suka gegila dengan couple ni. Selalu fefeeling mau macam gitu suatu hari nanti. Hewhew. Asal ada ja scene diorang dua ni, mesti senyuman aku makin lebar. Awuuu hahaha. Lagipun, Prem handsome kot dalam movie ni. Preeti tersangat lah cantik.




Ya Allah. So pretty!!!!

Okay stop pasal Prem x Preeti. Nda habis habis kalau cerita pasal diorang. Ha yang ditengah tu pasangan Vivek x Sadhana. Diorang pasangan paling matang. Oh lupa. Vivek ni anak sulung dalam family. Tu pasal paling matang. Haha. Prem anak kedua (macam eden). Vivek ni baik sangat. Memang abang ideal lah. Haha. Tapi tangan kanan dia lumpuh sebab selamatkan Prem dgn Vinod time diorang kecik kecik dulu. So sebab tu lah Vivek selalu letak tangan kanan dia dalam poket. So cerita punya cerita, Vivek pun kahwin dengan Sadhana. Sadhana ni actually anak kawan bapa diorang. Sandhna ni pun lawa. Sporting, baik, penyabar, pendiam.... Eiiii memang kelass lah.



Masa ni Sadhana tolong pegangkan tangan Vivek time perkahwinan diorang.

Ha yang paling kanan tu pasangan Vinod x Sapna. Pasangan paling comel, nakal, fun-loving lah cemtu. Diorang selalu sakat Prem dgn Preeti. Hahaha. Vinod (Saif Ali Khan) ni anak bongsu. Paling happy go lucky. Comel. Mungkin sebab Saif masih muda dalam movie ni. Hahahhaha. Vinod time ni masih belajar cara bekerja dengan Vivek. Sapna ni pulak masih study. Sapna dgn Vinod ni memang kawan diorang dari kecil lagi. Happening la memang pasangan ni. Ayeee.


Aku sarankan hangpa p nonton movie ni. Lagi faham cerita dia. Aku malas nak cerita pasal conflict diorang sebab aku tak suka. Haha. I memang dah ado CD movie ni. xD





Lagu dia pun best best tau dak! I iz like. Kenapa aku pilih lagu diatas tu? Sebab aku suka gegila part Preeti dgn Prem kat situ xD Hohoho. Eh memang semua best lah! Baik hang tengok sendiri. Kbai. Hikss

Thanks for reading :*

9.7.13

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Hello guys. First of all, aku nak ucapakan salam ramadhan buat semua umat Islam diseluruh dunia. Ambil lah kesempatan ni untuk kumpul pahala sebanyak mana yang anda mampu. Bulan ramadhan ni setahun sekali ja tau dak. So please do take this opportunity kay.

Ni ada benda nak share ni, in case uols lupa lafaz niat puasa ni kan (aku lettew). Hehe.

Sila klik gambar untuk variasi yang lebih baik :p

Okey lafaz niat puasa dah. Lafaz niat solat terawih masih ingat? Mudah mudahan masih lah ye. Hehe


Haa aku sertakan sekali lafaz niat solat witir



So yeah selamat berpuasa uols. Jangan lupa makan sahur, jangan curi-curi makan, jangan buat benda-benda tak elok dan jangan membazir kayyy.

2:183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa


Thank you for reading this entry!

7.7.13

Cuti?

Assalamualaikum

Hi uols. Ha malam ni tetiba datang mood nak update pasal cuti aku. Haha. Yela, cuti selama 7 bulan ni memang membosankan aih. So apa rutin harian aku? Sebagai seorang anak dara yang masih ditanggung oleh ibu bapa, senang jew keje iols. Kemas rumah, spazzing, makan, mandi, tidur. 

Hamboih bosan eh. Okay setiap hari bangun pukul 6 (siap kena bebel dengan mama sebab lewat kot bangun pukul 6 tu. Perempuan tak elok bangun lewat), solat, basuh kain, nonton, jemur kain, kemas rumah, spazz, online etc. Ha macam tu la rutin harian aku. Sobs. Nak jugak eden ambil kelas masak, but sadly kat sini belum ada yang nak buat kelas masak ni. Bukannya aku tak pandai masak, tapi saja nak tambah ilmu ni. Haha. 

Before this aku pernah juga kerja sementara tunggu panggilan U ni. Dundundundundun!! Kerja?? Walaweh! Ni kerja pertama aku dalam seumur hidup ni. Hahahaha. So apa pekerjaan aku tu? I jadi guru ganti uols. I iz happy. Why? Ehem. First of all, cita-cita aku memang nak jadi guru. Hiks. Dapat tawaran jadi guru ganti ni confirm la aku terima. Tambah pengalaman lah katakan tak gitu? Mana tau ada rezeki jadi guru ni, dapat jugak aku keluarkan segala ilmu guru ganti tu kan? Insha-Allah. Nanti ada masa aku update pasal pengalaman jadi guru ganti eh? Tepuih macam ah aku ni busy sangat. Padahal tiap masa online :D

Ha kalau online pun, aku lebih suka Twitter! Twitter best gila kot. Memang jadi Twitterholic ni sejak 2010 lagi. Hewhew. Aku tak berapa suka facebook uh. Tah macam ketinggalan zaman pulak aku tengok facebook tu (amboi padahal dulu pun pernah jadi facebookerz tegarz). Miahaha tu dulu kay. Lagi pun twitter ni boleh update status sebanyak mana yang engko nak! Cepat nak dapat info gittew. Lagi pun kat twitter banyak kpoppers. Hahaha. Kalau kat facebook, update status banyak-banyak orang cepat muak eh. To be specific, aku yang muak dengan orang update 5 status dalam 1 minit. Apa lagi kebanyakannya semua status  tu memang asalnya dari Twitter. Penuh home iols. Tak suke tak suke. Twitter lain cerita lah. So moh le kita follow memfollow ni :D Linkz Twitter aku tu ha dok melekat kat sebelah kiri tu yang warna hijau tu.

Window shopping dengan ze bestz friendze memang satu kemestian. Hiks. Paling suka window shopping dengan Suzy. Hikhik. Dengan dia best, boleh jugak borak pasal korea-korea. -Nurul Amalina is feeling happy- Eceh bajet facebook gittew. Dia minat Running Man dengan CN Blue kay. Jung Yonghwa pujangga dia kot. Miahaha. Makang makang, borak borak, gossip gossip, jalan jalan. Hewhew

Dak lama lagi result upu keluar. Hm nervous sebenarnya ni. Mudah mudahan Allah permudahkan segala-galanya. Amin ya Rabb.

Suzy, Le Me, Tika
Students buat surprise farewell party. I iz touched (:
Thank you for reading this entry 

25.6.13

Suzyla Zie



 Assalamualaikum.



Hi Suzyla Zie, happy birthday. Hang jadi makin kurus lawa dalam mimpi aku. Haha . Terima kasih sebab jadi kawan aku dari form 3. Terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk aku masa form 4, 5, 6, 7. Terima kasih sebab sudi gelak ketawa dengan aku. Terima kasih sebab dengar segala masalah aku. Terima kasih jadi peneman ke tandas, ke mana mana lah. Terima kasih sudi merepek pasal future dengan aku. Terima kasih sebab nak curi oppa oppa aku. Ingat lagi kalau aku pernah janji dengan kau, aku mau bawa si Kyuhyun (superjunior) jumpa kau? Hhahaha harapannnn. Harapan menjadi layu~~ Aku minat EXO weii.

   
*Tukar mood. Ehemm~*


Sorry to say tapi umur kau dah masuk 20. Hehe okay stop. Hm. Maaf sebab aku bukan kawan yang terbaik untuk kau. Maaf sebab jarang ada disisi mu bila kau perlukan. Maaf sebab aku selalu sakitkan hati kau. Maaf sebab aku selalu lupa birthday kau /sobbing loudly/. Maaf selalu menyusahkan kau. Maaf buat kau terluka. Kita pernah ada salah faham time lower 6, I screw up a lot, and I ignore you too. I don't know why but I still love you!




I know I was wrong, I know I messed up, and that's why I'm sitting here typing this up. I'm sorry pal. Happy 20th Birthday. May Allah bless you dunia & akhirat~ Bff right? 변태