4.1.14

Thank you 2013 - Part 1

Assalamualaikum.

Hi uols. Syukur alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di tahun 2014 ini. Eh 2014? Laa cepatnya masa berlalu. Hehe. Agak lama nda update belog. Kenapa? Busy maybe? Seh. Memang busy menguruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan esaimen, presentation, exam dan exam. Sekarang ni musim final, tapi hatiku terpanggil untuk update blog. Mahu release tension... lah sangat.

Thank you 2013. Tahun yang mengajar aku banyak benda, mencipta pelbagai pengalaman manis, pahit, masam dan juga masin. Ewah gitu. Padahal setiap tahun pun banyak pengalaman dan memori yang berbeza. But yang bestnya 2013 ni, aku dapat pegalaman jadi guru ganti, melanjutkan pelajaran di U, dapat esaimen yang asdfghjkl, dapat jumpa kawan-kawan baru yang awesome, dapat usha oppa-oppa handsome eh? Mihihi tidak la. Gurau gurau ja. Jangan nak menggatal oke. Kang ada yang..... Oke oke stop! Banyak cerita yang mau dikongsi, tapi slow slow la eh. Tunggu part 2.




Okay gambar yang atas tu student darjah 3 and gambar bawah student darjah 5 yang aku ajar time jadi guru ganti pada bulan Februari hingga April 2013 di SK Bahagia. First time nak mengajar tu memang nervous tahap pergh. Kena jumpa guru besar untuk lapor diri. Memang dupdap juga la jantung time lapor diri tu. Tapi aku bernasib baik sebab time tu bos sedang bercuti. Pheww. So kena jumpa penolong kanan ja la. Ala penolong kanan tu pun jiran iols, cikgu Dayang. Nda juga la rasa segan sangat. And then bila dia bagitau tugas, terdiam seketika juga la aku sebab aku kena jadi guru kelas untuk darjah 5 Amanah dan ketua panitia subjek Muzik. Tanjat boboi. Luckily, dia cakap tugas ketua panitia tu aku nda perlu buat apa-apa sebab agak berat juga kerjanya tu. Maceh cikgu. Aku kena ajar 2 subjek iaitu English dan Muzik.

Kelas pertama yang aku masuk iz kelas 5 Amanah. Pertemuan yang sangat awkward disebabkan aku ni bukanlah jenis yang banyak bercakap dengan orang baru. Tapi ku gagahkan jua diri ini untuk jadi seramah-ramah manusia kat diorang. Nasib baik diorang ni pun baik, dengar cakap, even kadang-kadang annoying. Sangat cute, bijak and biasalah budak-budak ni, diorang perasan tahu akan semua benda. Hahaha. Yang buat aku terharu sangat-sangat dengan 5 Amanah ni, time diorang tahu aku last day ajar diorang, sanggup diorang buat surprise party untuk aku. Sobs. I iz touched uols. Diorang sudah plan awal-awal bawa mee goreng, nasi goreng, sosej, kuih muih, kek dan banyak lagi la. Actually aku memang dah agak diorang plan surprise party ni. Bahaha. Tapi disebabkan nampak kesungguhan diorang buat party ni, aku pun buat-buat terkejut time diorang cakap "SURPRISE TEACHER!!". Hehe. Apapun, teacher sayang 5 Amanah sangat-sangat. Good luck UPSR 2014 okay sayang sayang ku sekalian. Mwah mwah 

Okay student darjah 3 aku ajar kelas Amanah jugakk. 3 Amanah. Disinilah hero-hero sebenar muncul. Tudia. Biasa la kan budak umur 9 tahun ni, kadang lagi memeningkan dari budak umur 11 tahun tu. Diorang ni memang cute dan sangat cute, agak nakal juga la especially bdk lelaki. Tbh aku pun nda tau macam mana mau gambarkan perwatakan diorang ni. Haha. Hari terakhir aku mengajar, satu kelas tu menangis. Ya Allah. Sampai aku pun nda tau mau buat apa. Guru-guru dari kelas sebelah pun hairan. Matila payau. Habis anak orang aku bagi menangis. Even yang paling nakal pun menangis. Semua suruh aku stay. Lepastu time balik tu, diorang penuhkan kereta aku dengan surat-surat diorang. Hehe. Ndapala. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi okay anak anak didikku. Teacher sayang 3 Amanah 

Actually ada lagi beberapa kelas yang aku ajar mcm kelas 5 Arif, 3 Arif, 3 Harmoni. Tapi aku lebih banyak luangkan masa dengan 3 dan 5 Amanah, so lebih rapat dengan diorang la. Yang lain pun teacher sayang juga. Hee. Ewah ber'teacher' gituuu. Anyway, thank you for the memories. Thank you from the bottom of my heart for letting me be your teacher *even ilmu masih ciput*. It means a lot to me to know that you enjoy my classes. It has been an amazing year because of you. Thank you again. I love you.

No comments:

Post a Comment