Assalamualaikum.
*mood tengah dengar lagu More Than A Band - Lemonade Mouth*
Hello hi apa khabar? Sihat ka? Aku sihat ja disini.. Pabila ku pandang-pandang ku tenung-tenung library blog memang jarang sangat aku update blog ni. Kesian kesian. Lamanya kau ku abaikan. Actually aku ada banyak benda mau cerita tapi slow slow lah dulu kan? Aku pun nda pasti kenapa sebelum ni aku malas betul mau update. Hehe sebenarnya banyak ja entry yang aku tulis tapi end up jadi draft sahaja. Ala bukan apa, line internet nda berapa elok *kunun*. Aku suka ja sebenarnya menulis then luahkan semua apa yang aku rasa tapi bila difikir balik aku rasa semua tu nda patut di publish. Boleh ka macam tu? Hentam sajalah labu. Okay berbalik pada tajuk entry life di U. So macam mana mau start ya....
Fyi sekarang dah masuk tahun ketiga di U dan final semester dah. Alhamdulillah sepanjang di U aku dapat survive dengan semua onak duri yang datang. Ecewah onak duri gittew. Tapi seriously la memang betul. Kehidupan aku di U takda lah sehebat orang lain, dan alhamdulillah takda juga la incident yang thriller berlaku. Maybe bagi orang lain biasa-biasa ja but hey it's my life. Kalau mau aku cerita satu-satu pasal best moment di U memang payah aaaaa. Tapi kalau mau tengok antaranya bulih juga laa. Hehehehe.
 |
cikda, wawa, betty, yuyuk |
Haa yang diatas ni semua kesayangan aku time first year especially yang gambar kami berempat. Diorang tu bekas rommate kite. Hehehe. Semua benda kami buat sesama. Travel sesama, celebrate birthday sesama, makan sesama, tidur sesama, solat sesama. Allah ja yang tau betapa sayangnya aku dekat mereka ni. Paling best bila satu orang stay up tengah malam, automatic yang lain terbangun teman sambil makan maggi campur amplang. Haha. Good old times. Best sangat kawan dengan diorang ni tau. Kalau ada masalah, semua saling bantu membantu. Cakap ja la masalah apa. Kawan, assignment, cinta, apa-apa ja la semua mau tolong back up. Hehe. Sayang semua. Sayang cikda. Sayang betty. Sayang wawa. Sayang teha. Sayang ida. Minta maaf semua if ada perbuatan yang menyakitkan hati korang.
Okay yang ni first year juga time dinner kolej kediaman. Tu dengan partner in crime gwa. Cantikkan orangnya. Nama diberi Ratna. Perkara yang paling aku ingat sebelum pergi dinner ni aku baru balik dari satu program di luar ums selama 3 hari 2 malam. So balik program maghrib then terus bergegas p hotel sebab aku memang dah lewat. Semua kenderaan not available time tu. Nasib baik ada seorang hamba Allah sudi tolong hantarkan. Terima kasih awak. Even penat tahap moksya masa tu, aku tetap enjoy menghadap makanan dinner. Ehehehe. AJK pun semua best-best. Banyak lagi gambar tapi semua dalam hardisk. Hardisk aku pula dengan kawan. Sobs.
 |
tika, aku, azlyna, siti |
 |
cute kan haha |
 |
sebenarnya aku pelik dengan prop yang aku pegang tu |
Haa ni pulak semua coursemate ku yang tercinta. Hehe. Time ni dinner sekolah (dulu sebelum fakulti guna sekolah). Semua ni gambar AJK first year haha. Excited gila mau join AJK dinner fakulti. Harus la tu kan first year excited dengan semua perkara. Hehe. Dari situ sebenarnya aku belajar banyak benda dari senior-senior. Even aku ni sebenarnya jenis pendiam bila dengan orang ramai tapi dari situ aku suka perhatikan semua kerja-kerja diorang. Hehehe
 |
ni lepas interview sabah blind nda silap |
 |
patut beli barang masak tapi terbeli bunga pula lol |
 |
muka penat dengan assignment |
Yang ni pulak dah masuk second year. Semester 4. Ni geng APK semua ni ahaha. Actually ada 11 orang tapi baru aku perasan sebenarnya kalau kami takda ambil gambar sekumpulan. Sobs what a waste. Semua ahli dalam APK best best belaka. Dalam 11 orang tu, sorang ja lelaki dan he's abang atiq. Haha. Abang atiq ni bagus betul orangnya tapi sayang aku takda gambar dia. Ala jangan salah faham dia dah kahwin dah pun. Suami orang kayyy. Maksud aku bagus tu dia ni jenis yang bertanggungjawab. Dah la sorang ja lelaki, kena layan 10 orang adik perempuan lagi tu. Fuh sabar ja la kan dia dengan kami. Dah la semua perangai cem haram. Haha joke joke.
 |
pakai high heel pun tetap juga pendek (T_T) |
 |
Ni kalau nda tweet kepci kepci, nda la sampai sini haha |
Sebenarnya aku nda puas hati tengok gambar first tu. Kenapa aku pendek sangattttttttt. Whyy hahahah. Sebenarnya bukan aku yang pendek, diorang tu yang terlebih tinggi. Lewls. Sekali lagi aku join dinner kolej kediaman dan laaa ni AJK yang sama dengan aku. Bila dengan diorang ni memang best bergaul. Macam-macam perangai. Hehe.

Permulaan semester baru (sem 5) dan masuk tahun terakhir di U. Sis nak acah candid tapi selalu tergelak. Hehe. Dan bagi aku semester 5 ni paling sandi. Huhu. Sandi dari segala aspek fizikal, emosi, kewangan, mental dan sebagainya. Semester 5 kos kami dah start buat praktikum. Setiap minggu hari Isnin kami kena pergi agensi nak tengok macam mana perkhidmatan yang agensi tu jalankan. Kami kena pergi tiga agensi dalam masa sembilan minggu. So setiap agensi dalam tiga kali kami pergi. Dan setiap agensi tu jugak la kami kena jalankan satu program untuk memenuhi silibus subjek. Dalam satu kumpulan tu ada dalam 10 orang. So dalam group aku ni 5 perempuan dan 5 lelaki. Kira half half lah kan. Agensi yang kami dah pilih untuk jalankan praktikum are Pusat Seri Mengasih, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah(MPMS) dan SABATA. Setiap agensi yang kami pergi tu memang bagi pengalaman yang berbeza.Pusat Seri Mengasih ni macam sekolah. Actually memang ada sediakan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang upaya. Then banyak lagi la. Aku tak boleh upload gambar diorang sebab kena jaga kerahsiaan diorang. Ada yang jenis slow learner. Umur diorang dah cecah 20++ tapi tahap intelligent nda sama dengan umur diorang. Ada yang boleh bawa cerita gurau-gurau tapi ada juga yang nda berapa faham apa yang kau cakap. Lambat response. First time datang sana memang takut tapi masuk beberapa jam seterusnya dah okay dah :-) SABATA pula semua pekerja dan ahli dia sangat baik. I mean tersangatlah baik. Fuhh asal kami datang diorang sediakan makanan, dan bekas president SABATA Datuk KJ, siap belanja semua ahli group aku untuk jadi ahli tetap SABATA sobs terharu kite. Makasih Datuk! Dah tu dia belanja lagi souvenir untuk kami dari SABATA. Huwaa sis tambah terharuuuuuu.
 |
Ni di seri mengasih dan gwa jadi photographer |
 |
Tu dia ketua kumpulan bagi hamper kat Datuk KJ sebagai tanda terima kasih kepada pihak SABATA :-) |
 |
haaa tiup belon tu sampai pipi engko kurus k |
Yang gambar kat atas ni sebenarnya program under MPMS tapi kami datang sebagai volunteer. Masa tu kena bangun seawal 3 pagi untuk buat persediaan program tu. Memang sangat penat. Tapi best juga la sebab awal pagi dah ada dekat pantai since event tu memang berlangsung dekat pantai. Hehehe.
UMS Color Run!! Color lah sangat haha. Padahal macam lempar tepung ja ponnn. Tepung kering dan nda juga la banyak warna. At least boleh juga la kotorkan baju engko yang konon putih tu. Ekeke. Aku join dengan coursemates aku. Memang happening dengan diorang. Gelak sakan.
 |
farahniza, me, yen, afiey |
Haaa yang gambar di atas ni program komuniti di Brunei. Aku nda mau cerita banyak sebab aku dah sediakan entry untuk program ni hehehe. So tunggu aku publish k. Dah siap draft dah punnnnn.
 |
me, fikie, mus, noya, owel, leha |
Hehehe yang diatas ni pulak geng nyum nyum. Lol apakah dengan nama nyum nyum. Diorang ni semua satu fakulti dengan aku. Aku dengan Leha (tudung merah) satu kos dan selebihnya kos kaunseling. Nda sangka juga boleh rapat dengan diorang ni hanya disebabkan selalu keluar makan sama. Itu pun semua nda plan. Last last boleh pula sekepala. Hehe
My one and only Indian friend. Sebenarnya aku ada pengakuan, selama 22 tahun aku hidup aku nda pernah ada kawan berbangsa India. Dan si Risi ni la kawan India aku yang pertama. Hehehe. Engko kena bangga tau Risi. Dan si Risi ni sangat baik. Dia cepat terharu dengan benda benda kecil yang kau buat untuk dia. Sebagai contoh kau upload gambar dia pun dia boleh terharu sangat-sangat. Hahaha. Semester 5 baru aku start rapat dengan dia. Selama ni nampak macam sombong. Haha gurau jaaa. And last but not least.......
 |
HA52 emuah |
 |
I love them ;-) Dari kiri tika, me, mar, leha |
 |
My best buddy and I |
 |
Saaaaaayang diorang (ex schoolmates) |
 |
Lanje satu selfie |
Actually banyak lagi perkara yang best berlaku disini tapi yang lain tu biarlah aku simpan untuk tatapan aku seorang ja. Aku bersyukur sangat kenal dengan diorang ni. Semua ada cerita tersendiri. Thanks semua selalu buat aku tergelak. Kat U ni aku belajar macam macam. Belajar berdikari, belajar jadi rajin,
belajar bangun pagi, belajar tabahkan diri, belajar menghadapi dugaan
yang datang tiba tiba, belajar berkawan yang penting dan paling penting
belajar hidup menjadi seorang pelajar. Aku ambil ini sebagai proses
untuk mematangkan diri aku sendiri. Jauh dari mama abah, keluarga. Banyak
dugaan sebenarnya yang datang.Aku lega. Allah kenalkan aku orang orang yang baik, dan aku bersyukur.
 |
Assalamualaikum. May Allah bless us ;-) |
No comments:
Post a Comment