6.11.16

random thoughts

Assalamualaikum.


Apa khabar? Diharap semuanya baik-baik sahaja. Harini terdetik mau update blog. Sebab apa? Hm mungkin sebab kebelakangan ni aku banyak berfikir. Don't get me wrong. Selama ni bukan lah aku tak berfikir, cuma entahlah, you know i'm sayin? Lol. Okay lah mari aku bagi korang satu situasi. 

Kau (seorang perempuan) dengan kawan kau, si B ni dah lama berkawan. Bukan korang dua ja, tapi ada juga la beberapa orang kawan lain, so kira macam korang ni ada geng lah. Let say dalam geng tu ada empat orang macam tu. So korang semua ni dah kawan memang lama, sejak tingkatan 1 sampai lah universiti. Kalau orang Tawau cakap memang kamcing habis lah. Memang kau sayang sangat-sangat dengan geng kau ni siap ada nama geng gitu. Ceritanya geng korang ni masuk dalam satu universiti yang sama. Even bukan satu program yang sama tapi korang still keep in touch dalam group WhatsApp :) Bila masuk tahun akhir tu, kawan kau si B ada boyfriend baharu. Then pasangan baharu dia tu classmate korang jugak time tingkatan lima dulu. Tapi boyfriend dia tu bukan satu U dengan korang.

Awal-awal percintaan diorang tu korang memang tak kisah lah kan, as long as kawan kau bahagia, kau pun turut bahagia gittew. Friends till jannah lah katakan. Aww so sweet. Tapi tapi tapi! Makin lama kau makin rimas dengan pasangan si B tu sebab dia terlampau mengongkong si B. Dan si B ni pun, menurut perintah dengan cakap pasangan dia. Contohnya, bila korang dah decide nak hang out cam dedulu, memasing dah minta kebenaran dengan family, tetiba si B tak jadi nak join sebab dia cakap pasangan dia tak bagi, walhal parents dia dah bagi kebenaran dah. Dan kau pun be like wtfudge man? Come on lah korang satu geng tu kan dah lama kawan, even bf dia tu pun tahu. Tolonglah percaya dia. Bukan sekali benda macam tu berlaku tapi berkali-kali.  Kau pun sebagai salah seorang sahabat sejati si B ni pergilah cakap leklok dengan pasangan dia tu. Tapi......... tak makan saman. Si B tetap jugak dengar cakap pasangan dia macamlah boyfriend dia tu suami dia. Oh my stress. Perkara ni berterusan sampailah kau dah nak habis belajar.

Sejujurnya keempat-empat orang geng kau ni (tidak termasuk si B) memang rimas dengan perangai boyfriend B dan sanggup buat satu group Whatsapp tanpa si B. Sampai lah satu ketika tu kau dah tak tahan dengan benda tu, kau pun sound boyfriend si B melalui khidmat pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms (memandangkan kau sorang ja paling berani). Ihiks. So kau dengan boyfriend B ni pun gaduh-gaduh. Tak lama lepastu si B ni left dari WhatsApp group. Pastu tiga orang kawan kau tu cakap si B ni ada mesej diorang personal minta maaf tapi dengan kau ja si B tak minta maaf. Boyfriend si B ni siap post kat Wechat "buruknya perangai" dan B pun menyokong cakap boyfriend dia tu. Kau try mesej dia minta maaf tapi dia bagi bluetick ja. Sampai hati. Dan kau pun sedeyyyyyyyyyy


So...... Apa pendapat korang? Adakah korang akan lakukan seperti si kau yang masuk campur dengan perhubungan B sebab rimas dengan keadaan itu atau biarkan ja B tunduk dengan boyfriend dia? Kalau aku, pertama sekali aku akan bagi nasihat dengan B. Come on lah B, kau dengan boyfriend kau tu belum halal, belum ada ikatan yang sah. Jangan terlalu tunduk dengan dia. Bukan nak halang kau bercinta tapi agak-agaklah kan? Nak keluar gi makan pun jadi masalah ya rabbi. Jangan taat pada boyfriend! Tapi cakap elok-elok lah. Bila B tak nak dengar jugak nasihat aku, okay tu terserah dari dia la kan. Bukan dia yang bagi aku makan so tak payah ambil kisah sangat. Kita masing-masih dah besar, tahu mana baik dan mana buruk untuk diri kita sendiri. Aku tak kisah kalau kawan aku taknak dengar cakap aku, as long as aku dah cakap, okay dah cukup.

Bak kata Keknis, 
"Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia." 

Hat ni aku setuju. Ehem, sebab aku pun pernah jadi macam ni. Dalam kes si B ni, aku rasa dia agak melebih-lebih dalam menunjukkan dia tu wifey material.Tapi sebenarnya dalam menunjukkan wifey material tu bukannya benda buruk sangat tapi berpada-padalah. In fact, ada benda baik boleh diperolehi jugak tau. For example, dalam pengalaman aku sendiri sebelum in relationship, aku ni tak berapa minat masak. Bila in relationship tu aku sungguh-sungguh masak nak tunjukkan dengan pasangan aku betapa pandainya dan betapa wifey materialnya aku, padahal masih terkapai-kapai nak masak. Hahahaha. Yang ni aku bersyukur jugak lah sebab konon nak jadi wifey material ni aku betul-betul minat masak. At least kalau kau hidup dengan aku, taklah kau mati kelaparan hahaha. Ok nak cakap tu ja. Kalau cakap benda lain berkaitan perhubungan, aku tak tahu sebab aku bukanlah orang yang sesuai. Because i'm no good partner. Lots to learn. *sigh*. Apa-apa pun girls, sebelum kahwin taat dengan ibu bapa, lepas kahwin taat dengan suami.


"There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.



Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. "

(Hanis Zalikha, 2012)




Thank you for reading this entry!

27.3.16

Life di U

Assalamualaikum.

*mood tengah dengar lagu More Than A Band - Lemonade Mouth*

Hello hi apa khabar? Sihat ka? Aku sihat ja disini.. Pabila ku pandang-pandang ku tenung-tenung library blog memang jarang sangat aku update blog ni. Kesian kesian. Lamanya kau ku abaikan. Actually aku ada banyak benda mau cerita tapi slow slow lah dulu kan? Aku pun nda pasti kenapa sebelum ni aku malas betul mau update. Hehe sebenarnya banyak ja entry yang aku tulis tapi end up jadi draft sahaja. Ala bukan apa, line internet nda berapa elok *kunun*. Aku suka ja sebenarnya menulis then luahkan semua apa yang aku rasa tapi bila difikir balik aku rasa semua tu nda patut di publish. Boleh ka macam tu? Hentam sajalah labu. Okay berbalik pada tajuk entry life di U. So macam mana mau start ya....

Fyi sekarang dah masuk tahun ketiga di U dan final semester dah. Alhamdulillah sepanjang di U aku dapat survive dengan semua onak duri yang datang. Ecewah onak duri gittew. Tapi seriously la memang betul. Kehidupan aku di U  takda lah sehebat orang lain, dan alhamdulillah takda juga la incident yang thriller berlaku. Maybe bagi orang lain biasa-biasa ja but hey it's my life. Kalau mau aku cerita satu-satu pasal best moment di U memang payah aaaaa. Tapi kalau mau tengok antaranya bulih juga laa. Hehehehe.
cikda, wawa, betty, yuyuk


Haa yang diatas ni semua kesayangan aku time first year especially yang gambar kami berempat. Diorang tu bekas rommate kite. Hehehe. Semua benda kami buat sesama. Travel sesama, celebrate birthday sesama, makan sesama, tidur sesama, solat sesama. Allah ja yang tau betapa sayangnya aku dekat mereka ni. Paling best bila satu orang stay up tengah malam, automatic yang lain terbangun teman sambil makan maggi campur amplang. Haha. Good old times. Best sangat kawan dengan diorang ni tau. Kalau ada masalah, semua saling bantu membantu. Cakap ja la masalah apa. Kawan, assignment, cinta, apa-apa ja la semua mau tolong back up. Hehe. Sayang semua. Sayang cikda. Sayang betty. Sayang wawa. Sayang teha. Sayang ida. Minta maaf semua if ada perbuatan yang menyakitkan hati korang.



Okay yang ni first year juga time dinner kolej kediaman. Tu dengan partner in crime gwa. Cantikkan orangnya. Nama diberi Ratna. Perkara yang paling aku ingat sebelum pergi dinner ni aku baru balik dari satu program di luar ums selama 3 hari 2 malam. So balik program maghrib then terus bergegas p hotel sebab aku memang dah lewat. Semua kenderaan not available time tu. Nasib baik ada seorang hamba Allah sudi tolong hantarkan. Terima kasih awak. Even penat tahap moksya masa tu, aku tetap enjoy menghadap makanan dinner. Ehehehe. AJK pun semua best-best. Banyak lagi gambar tapi semua dalam hardisk. Hardisk aku pula dengan kawan. Sobs.


tika, aku, azlyna, siti


cute kan haha

sebenarnya aku pelik dengan prop yang aku pegang tu

Haa ni pulak semua coursemate ku yang tercinta. Hehe. Time ni dinner sekolah (dulu sebelum fakulti guna sekolah). Semua ni gambar AJK first year haha. Excited gila mau join AJK dinner fakulti. Harus la tu kan first year excited dengan semua perkara. Hehe. Dari situ sebenarnya aku belajar banyak benda dari senior-senior. Even aku ni sebenarnya jenis pendiam bila dengan orang ramai tapi dari situ aku suka perhatikan semua kerja-kerja diorang. Hehehe

ni lepas interview sabah blind nda silap

patut beli barang masak tapi terbeli bunga pula lol
muka penat dengan assignment


 Yang ni pulak dah masuk second year. Semester 4. Ni geng APK semua ni ahaha. Actually ada 11 orang tapi baru aku perasan sebenarnya kalau kami takda ambil gambar sekumpulan. Sobs what a waste. Semua ahli dalam APK best best belaka. Dalam 11 orang tu, sorang ja lelaki dan he's abang atiq. Haha. Abang atiq ni bagus betul orangnya tapi sayang aku takda gambar dia. Ala jangan salah faham dia dah kahwin dah pun. Suami orang kayyy. Maksud aku bagus tu dia ni jenis yang bertanggungjawab. Dah la sorang ja lelaki, kena layan 10 orang adik perempuan lagi tu. Fuh sabar ja la kan dia dengan kami. Dah la semua perangai cem haram. Haha joke joke.

pakai high heel pun tetap juga pendek (T_T)
Ni kalau nda tweet kepci kepci, nda la sampai sini haha

Sebenarnya aku nda puas hati tengok gambar first tu. Kenapa aku pendek sangattttttttt. Whyy hahahah. Sebenarnya bukan aku yang pendek, diorang tu yang terlebih tinggi. Lewls. Sekali lagi aku join dinner kolej kediaman dan laaa ni AJK yang sama dengan aku. Bila dengan diorang ni memang best bergaul. Macam-macam perangai. Hehe.


Permulaan semester baru (sem 5) dan masuk tahun terakhir di U. Sis nak acah candid tapi selalu tergelak. Hehe. Dan bagi aku semester 5 ni paling sandi. Huhu. Sandi dari segala aspek fizikal, emosi, kewangan, mental dan sebagainya. Semester 5 kos kami dah start buat praktikum. Setiap minggu hari Isnin kami kena pergi agensi nak tengok macam mana perkhidmatan yang agensi tu jalankan. Kami kena pergi tiga agensi dalam masa sembilan minggu. So setiap agensi dalam tiga kali kami pergi. Dan setiap agensi tu jugak la kami kena jalankan satu program untuk memenuhi silibus subjek. Dalam satu kumpulan tu ada dalam 10 orang. So dalam group aku ni 5 perempuan dan 5 lelaki. Kira half half lah kan. Agensi yang kami dah pilih untuk jalankan praktikum are Pusat Seri Mengasih, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah(MPMS) dan SABATA. Setiap agensi yang kami pergi tu memang bagi pengalaman yang berbeza.Pusat Seri Mengasih ni macam sekolah. Actually memang ada sediakan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang upaya. Then banyak lagi la. Aku tak boleh upload gambar diorang sebab kena jaga kerahsiaan diorang. Ada yang jenis slow learner. Umur diorang dah cecah 20++ tapi tahap intelligent nda sama dengan umur diorang. Ada yang boleh bawa cerita gurau-gurau tapi ada juga yang nda berapa faham apa yang kau cakap. Lambat response. First time datang sana memang takut tapi masuk beberapa jam seterusnya dah okay dah :-) SABATA pula semua pekerja dan ahli dia sangat baik. I mean tersangatlah baik. Fuhh asal kami datang diorang sediakan makanan, dan bekas president SABATA Datuk KJ, siap belanja semua ahli group aku untuk jadi ahli tetap SABATA sobs terharu kite. Makasih Datuk! Dah tu dia belanja lagi souvenir untuk kami dari SABATA. Huwaa sis tambah terharuuuuuu.


Ni di seri mengasih dan gwa jadi photographer

Tu dia ketua kumpulan bagi hamper kat Datuk KJ sebagai tanda terima kasih kepada pihak SABATA :-)


haaa tiup belon tu sampai pipi engko kurus k



 Yang gambar kat atas ni sebenarnya program under MPMS tapi kami datang sebagai volunteer. Masa tu kena bangun seawal 3 pagi untuk buat persediaan program tu. Memang sangat penat. Tapi best juga la sebab awal pagi dah ada dekat pantai since event tu memang berlangsung dekat pantai. Hehehe.



UMS Color Run!! Color lah sangat haha. Padahal macam lempar tepung ja ponnn. Tepung kering dan nda juga la banyak warna. At least boleh juga la kotorkan baju engko yang konon putih tu. Ekeke. Aku join dengan coursemates aku. Memang happening dengan diorang. Gelak sakan.

farahniza, me, yen, afiey


 

Haaa yang gambar di atas ni program komuniti di Brunei. Aku nda mau cerita banyak sebab aku dah sediakan entry untuk program ni hehehe. So tunggu aku publish k. Dah siap draft dah punnnnn.
 
me, fikie, mus, noya, owel, leha

Hehehe yang diatas ni pulak geng nyum nyum. Lol apakah dengan nama nyum nyum. Diorang ni semua satu fakulti dengan aku. Aku dengan Leha (tudung merah) satu kos dan selebihnya kos kaunseling. Nda sangka juga boleh rapat dengan diorang ni hanya disebabkan selalu keluar makan sama. Itu pun semua nda plan. Last last boleh pula sekepala. Hehe


My one and only Indian friend. Sebenarnya aku ada pengakuan, selama 22 tahun aku hidup aku nda pernah ada kawan berbangsa India. Dan si Risi ni la kawan India aku yang pertama. Hehehe. Engko kena bangga tau Risi. Dan si Risi ni sangat baik. Dia cepat terharu dengan benda benda kecil yang kau buat untuk dia. Sebagai contoh kau upload gambar dia pun dia boleh terharu sangat-sangat. Hahaha. Semester 5 baru aku start rapat dengan dia. Selama ni nampak macam sombong. Haha gurau jaaa. And last but not least.......

HA52 emuah

I love them ;-) Dari kiri tika, me, mar, leha

My best buddy and I




Saaaaaayang diorang (ex schoolmates)
Lanje satu selfie


 Actually banyak lagi perkara yang best berlaku disini tapi yang lain tu biarlah aku simpan untuk tatapan aku seorang ja. Aku bersyukur sangat kenal dengan diorang ni. Semua ada cerita tersendiri. Thanks semua selalu buat aku tergelak. Kat U ni aku belajar macam macam. Belajar berdikari, belajar jadi rajin, belajar bangun pagi, belajar tabahkan diri, belajar menghadapi dugaan yang datang tiba tiba, belajar berkawan yang penting dan paling penting belajar hidup menjadi seorang pelajar. Aku ambil ini sebagai proses untuk mematangkan diri aku sendiri. Jauh dari mama abah, keluarga. Banyak dugaan sebenarnya yang datang.Aku lega. Allah kenalkan aku orang orang yang baik, dan aku bersyukur.







Assalamualaikum. May Allah bless us ;-)

30.1.16

Please

Assalamualaikum

It's been a while since my last entry. Almost a year I guess. Hehe. How are you guys? *acah acah ada readers lewls* So it's 2016! Happy belated new year. Aku start blogging tahun 2011 dan sekarang dah 2016. Lima tahun dah gais. Lima tahun tapi nak hapdate blog ni malas dia tu hanya Allah ja yang tahu. Malas tahap moksya. Sebenarnya aku takda idea nak cerita pasal apa. Makin lama aku rasa tahap penulisan aku makin down down down. Why oh why? Mungkin sebab lama sangat tak menulis tu yang makin teruk tu. Fyi, tahun ni tahun terakhir kat universiti. Senior year. Dan inshaAllah kalau dipanjangkan umur dan dipermudahkan, aku akan graduate November 2016. So doakan semoga aku dapat bertahan. Hehe. You know, aku menulis ni sebab aku tengah cuti semester selama sebulan. Dan reason dia is aku stress. Aku stress aku kecewa aku tersakiti aku...... Aku risau.

Risau dengan segele gelenya. Fikiran kusut, hati berkecamuk. Ya Allah what is happening to me. Nurul Amalina please be strong. Kuatkan hati dengan apa yang berlaku. Kekalkan dengan prinsip ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah knows. Allah listens. Please jangan disebabkan perkara macam tu kau leka, kau lalai, kau terbawa emosi, kau lupa dengan tanggungjawab. People change, relationships end, life happened. So yeah. Good bye.


23.5.15

Encik Prince

Assalamualaikum.

Lamanya nda buat entry. Bukan apa. Banyak faktor-faktor yang menghalang aku untuk update entry. Salah satunya adalah faktor malas. Ok sebenarnya memang malas ja pun. Takda faktor lain. Hiks. Sekarang ni dah second year kat uni. MashaAllah cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru ja mendaftar, baru ja mau teroka seluruh uni, baru ja mau berkenalan dengan kosmate, dengan kawan-kawan baru. Lahai next sem dah masuk final year. Ya rabbi nda sedar masa cepat sangat berlalu. Life is getting rough. Serious talk. Adik-adik nanti bila dah masuk uni, kuatkan hati dan mental adik-adik okkk. Ni betul-betul, bukan main-main. Banyak drama.


Ok malas mau cakap pasal drama. Oh ya, yesterday birthday encik prince kite. Siapa encik prince? Encik prince is encik prince lah. Ahaks. Before birthday encik prince, memang kalut nak bagi hadiah apa. Ada kawan yang suggest kasut, wallet, belt, jam tangan, baju and so whatevs la. Ada lagi sorang suruh buatkan kek. And I was like….. hm OK BUAT KEK GUNA RICE COOKER KAN??? So fikir punya fikir, aku decide nak bagi encik prince jam tangan. Nak cari jam pun punya susah. Aku ni biasanya kalau beli barang macam jam ni memang simple. Asal aku tengok yang ada rupa boleh tahan lama, memang aku terus rembat jam tu. Tapi ehem, ni untuk encik prince kot. So aku pun minta tolong la dengan Leha dan Daud. Thanks guys sanggup teman aku awal pagi pergi cari gift untuk encik prince.


Time pilih jam tu pun dah rambang mata dah. Daud suruh beli yang tu, Leha suruh beli yang ni, dan aku pun jadi juling. Last sekali uncle kedai tu yang suggestkan. Hahaha. So lepas uncle tu bagi hujah-hujah dia, aku pun orite uncle dah la ok saya beli jam yang uncle suggest ok. Haha. Leha dan Daud pun setuju dan akhirnya birthday gift untuk encik prince pun dah ada. Yeay!


Dan bila tiba hari kejadian, aku pun keluar la dengan encik prince. Tapi aku tengok mood encik prince macam kurang ok, nda senyum pun. :’( Maybe dia penat dengan assignments yang kena hantar next week, fyp and so on. First aku ingat mau bagi gift tu time dia hantar aku balik, tapi time makan tu aku banyak berfikir. Aku pun nak juga tengok dia guna hadiah yang aku bagi. So, lepas makan tu, terus aku bagi dia. And he was like… ok what is dis gurl? Haha ok jk. Taraa. At last ada juga senyuman terukir dibibir encik prince ku yang tersayang. Hiks. Aku sebenarnya kalau boleh mau jadikan hari tu sangat bermakna untuk encik prince. Kebelakangan ni aku tengok dia macam stress ja dengan semua assignment. Tapi kan semalam filled with laugh, tears, happiness and sadness. Haha acaner tu. Semua ada. Yang tu biarlah menjadi rahsia antara kita kan encik prince. Kang kalau cerita semua, nda best la pula. Hiks.



Dear encik prince, happy 21st birthday. Belajar elok-elok. Next sem final year, then grad, then ada rezeki dapat kerja yang elok-elok, balas jasa ibu abah, then kita kahwin. Eheheheh. Thank you encik prince sebab tahan dengan saya yang cepat berubah mood, suka marah-marah, cepat merajuk and whatevs yang sewaktu dengannya. Semoga encik prince tetap sabar layan karenah saya yang bermacam dan semoga encik prince nda nakal-nakal. Ehe.



6.2.14

Those moments

Assalamualaikum

Kali ni, hati ni tiba-tiba teringat moments time high school. How I miss those moments back in high school especially in form 6! Let's review some of them :')


Yeah that's my meja. Tudia sekali pandang ang dah boleh cam meja ceq. Kedapatan juga akhirnya kalau aku ni sebenarnya suka buat vandalisme. Hahaha. Kalau boleh semua harta benda sekolah aku p conteng. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah memang susah habit menconteng tu dikikis. Old habits die hard :-)





Calon-calon stpm tengah bertungkus lumus study untuk menghadapi exam yang bakal menjelang. Tapi cuba engko tengok apa yang classmates aku tengah buat masa tu. Haha. Memang terbaik wok. Gwa salute sama lu.



Okay tudia Norshahira Md Nor aka Ira aka Scha *gwa ja yang boleh panggil scha*. She is one of my bff. I love her so much. Dia ni nampak ja pendiam tapi sebenarnya memang pendiam jugak la kalau nda kenal dia. Pemalu macam gwa , baik dan mempunyai otak yang gila-gila macam gwa. Scha ni kan dia boleh detect kalau aku tengah buat prank dengan someone tu. Lepastu dia pun ikut sama prank orang tu. Dia ni penakut juga. Takut ditinggalkan oleh kawan baiknya. Selalu dia pesan dengan aku supaya jangan lupakan dan tinggalkan dia. :') Sekarang ni dia study di unimas. Be strong sayang. Aku tahu kau kuat. Jangan biarkan orang lain naik kepala dengan kau k. Kalau ada orang dengki dengan kau, ingat pesan aku, cakap depan diorang, "IDGAF" Hahahahahha jk jk. Jangan terlalu fikirkan perasaan orang lain sampai kau sendiri yang tersiksa k. I love you. Semoga kita berjaya mencapai cita-cita dimasa hadapan dan dapat jodoh yang baik. InshaAllah amin. Adoyy kecoq ayaq lioq tengok sup tu *Q*

Form 5

Gambar kelas form 6 dengan guru kelas, cikgu Morsonah. Bagi aku gambar ni precious sangat :')

Dengan guru ekonomi. Cikgu Wawa (kiri) dan Cikgu Vivi (kanan). Love you cikgu(s)!




Guru MUET, mama Chiam. Awh I always love her from day one!



Ni cikgu Adam, guru Pengajian Am. Jenis yang cool, baik dan lucu. Kadang-kadang aku terpanggil dia acai. Tapi apapun gwa tetap sayang dengan cikgu Adam (y)
Tetiba pulak terselit gambar engko