6.11.16

random thoughts

Assalamualaikum.


Apa khabar? Diharap semuanya baik-baik sahaja. Harini terdetik mau update blog. Sebab apa? Hm mungkin sebab kebelakangan ni aku banyak berfikir. Don't get me wrong. Selama ni bukan lah aku tak berfikir, cuma entahlah, you know i'm sayin? Lol. Okay lah mari aku bagi korang satu situasi. 

Kau (seorang perempuan) dengan kawan kau, si B ni dah lama berkawan. Bukan korang dua ja, tapi ada juga la beberapa orang kawan lain, so kira macam korang ni ada geng lah. Let say dalam geng tu ada empat orang macam tu. So korang semua ni dah kawan memang lama, sejak tingkatan 1 sampai lah universiti. Kalau orang Tawau cakap memang kamcing habis lah. Memang kau sayang sangat-sangat dengan geng kau ni siap ada nama geng gitu. Ceritanya geng korang ni masuk dalam satu universiti yang sama. Even bukan satu program yang sama tapi korang still keep in touch dalam group WhatsApp :) Bila masuk tahun akhir tu, kawan kau si B ada boyfriend baharu. Then pasangan baharu dia tu classmate korang jugak time tingkatan lima dulu. Tapi boyfriend dia tu bukan satu U dengan korang.

Awal-awal percintaan diorang tu korang memang tak kisah lah kan, as long as kawan kau bahagia, kau pun turut bahagia gittew. Friends till jannah lah katakan. Aww so sweet. Tapi tapi tapi! Makin lama kau makin rimas dengan pasangan si B tu sebab dia terlampau mengongkong si B. Dan si B ni pun, menurut perintah dengan cakap pasangan dia. Contohnya, bila korang dah decide nak hang out cam dedulu, memasing dah minta kebenaran dengan family, tetiba si B tak jadi nak join sebab dia cakap pasangan dia tak bagi, walhal parents dia dah bagi kebenaran dah. Dan kau pun be like wtfudge man? Come on lah korang satu geng tu kan dah lama kawan, even bf dia tu pun tahu. Tolonglah percaya dia. Bukan sekali benda macam tu berlaku tapi berkali-kali.  Kau pun sebagai salah seorang sahabat sejati si B ni pergilah cakap leklok dengan pasangan dia tu. Tapi......... tak makan saman. Si B tetap jugak dengar cakap pasangan dia macamlah boyfriend dia tu suami dia. Oh my stress. Perkara ni berterusan sampailah kau dah nak habis belajar.

Sejujurnya keempat-empat orang geng kau ni (tidak termasuk si B) memang rimas dengan perangai boyfriend B dan sanggup buat satu group Whatsapp tanpa si B. Sampai lah satu ketika tu kau dah tak tahan dengan benda tu, kau pun sound boyfriend si B melalui khidmat pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms (memandangkan kau sorang ja paling berani). Ihiks. So kau dengan boyfriend B ni pun gaduh-gaduh. Tak lama lepastu si B ni left dari WhatsApp group. Pastu tiga orang kawan kau tu cakap si B ni ada mesej diorang personal minta maaf tapi dengan kau ja si B tak minta maaf. Boyfriend si B ni siap post kat Wechat "buruknya perangai" dan B pun menyokong cakap boyfriend dia tu. Kau try mesej dia minta maaf tapi dia bagi bluetick ja. Sampai hati. Dan kau pun sedeyyyyyyyyyy


So...... Apa pendapat korang? Adakah korang akan lakukan seperti si kau yang masuk campur dengan perhubungan B sebab rimas dengan keadaan itu atau biarkan ja B tunduk dengan boyfriend dia? Kalau aku, pertama sekali aku akan bagi nasihat dengan B. Come on lah B, kau dengan boyfriend kau tu belum halal, belum ada ikatan yang sah. Jangan terlalu tunduk dengan dia. Bukan nak halang kau bercinta tapi agak-agaklah kan? Nak keluar gi makan pun jadi masalah ya rabbi. Jangan taat pada boyfriend! Tapi cakap elok-elok lah. Bila B tak nak dengar jugak nasihat aku, okay tu terserah dari dia la kan. Bukan dia yang bagi aku makan so tak payah ambil kisah sangat. Kita masing-masih dah besar, tahu mana baik dan mana buruk untuk diri kita sendiri. Aku tak kisah kalau kawan aku taknak dengar cakap aku, as long as aku dah cakap, okay dah cukup.

Bak kata Keknis, 
"Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia." 

Hat ni aku setuju. Ehem, sebab aku pun pernah jadi macam ni. Dalam kes si B ni, aku rasa dia agak melebih-lebih dalam menunjukkan dia tu wifey material.Tapi sebenarnya dalam menunjukkan wifey material tu bukannya benda buruk sangat tapi berpada-padalah. In fact, ada benda baik boleh diperolehi jugak tau. For example, dalam pengalaman aku sendiri sebelum in relationship, aku ni tak berapa minat masak. Bila in relationship tu aku sungguh-sungguh masak nak tunjukkan dengan pasangan aku betapa pandainya dan betapa wifey materialnya aku, padahal masih terkapai-kapai nak masak. Hahahaha. Yang ni aku bersyukur jugak lah sebab konon nak jadi wifey material ni aku betul-betul minat masak. At least kalau kau hidup dengan aku, taklah kau mati kelaparan hahaha. Ok nak cakap tu ja. Kalau cakap benda lain berkaitan perhubungan, aku tak tahu sebab aku bukanlah orang yang sesuai. Because i'm no good partner. Lots to learn. *sigh*. Apa-apa pun girls, sebelum kahwin taat dengan ibu bapa, lepas kahwin taat dengan suami.


"There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.



Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. "

(Hanis Zalikha, 2012)




Thank you for reading this entry!