23.7.13

Hum Saath-Saath Hain

Assalamualaikum.

Hello. Hi. Ehem. Hawayu evelibodi? Sihat? Patik disini sihat sihat sahaja. Alhamdulillah. Ehem. Apa tu Hum Saath-Saath Hain tu? Ehem. Tu tajuk movie Bollywood favorite aku. Hewhew. Ehem. Amboi dok ehem-ehem pulak aku ni kan. Anywayyyy, ni nak habaq pasai filem tu. Aku memang suka gegila dengan movie tu. Sangat suka. Suka tahap moksya. Tudia. Hohoho. Cerita ni best. Pasal family, fun and love. 


Actually ada 4 pasangan, tapi 3 pasangan la yang paling menonjol. Okay so kat sebelah kiri tu pasangan Prem Preeti. Pasangan favorite aku. Muahh muahh. Haha. Memang dari aku kecil lagi aku suka gegila dengan pasangan ni. Pasangan paling sweet, selalu malu malu kucing, paling superb la! Aww Kim Myungsoo, jom jadi couple macam diorang ni. Ayeeeee. Memang kalau sudah spazz pasal diorang dua ni, susah aku mau berhenti. Hahaha. Prem (Salman Khan) ni business student di Amewika ops America. Preeti (Sonali Bendre) ni seorang doktor. Diorang dua ni memang suka sama suka dari kecik-kecik lagi, tapi tu la. Selalu malu-malu. Ayeeee sebab diorang selalu malu malu tu la aku suka gegila dengan couple ni. Selalu fefeeling mau macam gitu suatu hari nanti. Hewhew. Asal ada ja scene diorang dua ni, mesti senyuman aku makin lebar. Awuuu hahaha. Lagipun, Prem handsome kot dalam movie ni. Preeti tersangat lah cantik.




Ya Allah. So pretty!!!!

Okay stop pasal Prem x Preeti. Nda habis habis kalau cerita pasal diorang. Ha yang ditengah tu pasangan Vivek x Sadhana. Diorang pasangan paling matang. Oh lupa. Vivek ni anak sulung dalam family. Tu pasal paling matang. Haha. Prem anak kedua (macam eden). Vivek ni baik sangat. Memang abang ideal lah. Haha. Tapi tangan kanan dia lumpuh sebab selamatkan Prem dgn Vinod time diorang kecik kecik dulu. So sebab tu lah Vivek selalu letak tangan kanan dia dalam poket. So cerita punya cerita, Vivek pun kahwin dengan Sadhana. Sadhana ni actually anak kawan bapa diorang. Sandhna ni pun lawa. Sporting, baik, penyabar, pendiam.... Eiiii memang kelass lah.



Masa ni Sadhana tolong pegangkan tangan Vivek time perkahwinan diorang.

Ha yang paling kanan tu pasangan Vinod x Sapna. Pasangan paling comel, nakal, fun-loving lah cemtu. Diorang selalu sakat Prem dgn Preeti. Hahaha. Vinod (Saif Ali Khan) ni anak bongsu. Paling happy go lucky. Comel. Mungkin sebab Saif masih muda dalam movie ni. Hahahhaha. Vinod time ni masih belajar cara bekerja dengan Vivek. Sapna ni pulak masih study. Sapna dgn Vinod ni memang kawan diorang dari kecil lagi. Happening la memang pasangan ni. Ayeee.


Aku sarankan hangpa p nonton movie ni. Lagi faham cerita dia. Aku malas nak cerita pasal conflict diorang sebab aku tak suka. Haha. I memang dah ado CD movie ni. xD





Lagu dia pun best best tau dak! I iz like. Kenapa aku pilih lagu diatas tu? Sebab aku suka gegila part Preeti dgn Prem kat situ xD Hohoho. Eh memang semua best lah! Baik hang tengok sendiri. Kbai. Hikss

Thanks for reading :*

9.7.13

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Hello guys. First of all, aku nak ucapakan salam ramadhan buat semua umat Islam diseluruh dunia. Ambil lah kesempatan ni untuk kumpul pahala sebanyak mana yang anda mampu. Bulan ramadhan ni setahun sekali ja tau dak. So please do take this opportunity kay.

Ni ada benda nak share ni, in case uols lupa lafaz niat puasa ni kan (aku lettew). Hehe.

Sila klik gambar untuk variasi yang lebih baik :p

Okey lafaz niat puasa dah. Lafaz niat solat terawih masih ingat? Mudah mudahan masih lah ye. Hehe


Haa aku sertakan sekali lafaz niat solat witir



So yeah selamat berpuasa uols. Jangan lupa makan sahur, jangan curi-curi makan, jangan buat benda-benda tak elok dan jangan membazir kayyy.

2:183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa


Thank you for reading this entry!

7.7.13

Cuti?

Assalamualaikum

Hi uols. Ha malam ni tetiba datang mood nak update pasal cuti aku. Haha. Yela, cuti selama 7 bulan ni memang membosankan aih. So apa rutin harian aku? Sebagai seorang anak dara yang masih ditanggung oleh ibu bapa, senang jew keje iols. Kemas rumah, spazzing, makan, mandi, tidur. 

Hamboih bosan eh. Okay setiap hari bangun pukul 6 (siap kena bebel dengan mama sebab lewat kot bangun pukul 6 tu. Perempuan tak elok bangun lewat), solat, basuh kain, nonton, jemur kain, kemas rumah, spazz, online etc. Ha macam tu la rutin harian aku. Sobs. Nak jugak eden ambil kelas masak, but sadly kat sini belum ada yang nak buat kelas masak ni. Bukannya aku tak pandai masak, tapi saja nak tambah ilmu ni. Haha. 

Before this aku pernah juga kerja sementara tunggu panggilan U ni. Dundundundundun!! Kerja?? Walaweh! Ni kerja pertama aku dalam seumur hidup ni. Hahahaha. So apa pekerjaan aku tu? I jadi guru ganti uols. I iz happy. Why? Ehem. First of all, cita-cita aku memang nak jadi guru. Hiks. Dapat tawaran jadi guru ganti ni confirm la aku terima. Tambah pengalaman lah katakan tak gitu? Mana tau ada rezeki jadi guru ni, dapat jugak aku keluarkan segala ilmu guru ganti tu kan? Insha-Allah. Nanti ada masa aku update pasal pengalaman jadi guru ganti eh? Tepuih macam ah aku ni busy sangat. Padahal tiap masa online :D

Ha kalau online pun, aku lebih suka Twitter! Twitter best gila kot. Memang jadi Twitterholic ni sejak 2010 lagi. Hewhew. Aku tak berapa suka facebook uh. Tah macam ketinggalan zaman pulak aku tengok facebook tu (amboi padahal dulu pun pernah jadi facebookerz tegarz). Miahaha tu dulu kay. Lagi pun twitter ni boleh update status sebanyak mana yang engko nak! Cepat nak dapat info gittew. Lagi pun kat twitter banyak kpoppers. Hahaha. Kalau kat facebook, update status banyak-banyak orang cepat muak eh. To be specific, aku yang muak dengan orang update 5 status dalam 1 minit. Apa lagi kebanyakannya semua status  tu memang asalnya dari Twitter. Penuh home iols. Tak suke tak suke. Twitter lain cerita lah. So moh le kita follow memfollow ni :D Linkz Twitter aku tu ha dok melekat kat sebelah kiri tu yang warna hijau tu.

Window shopping dengan ze bestz friendze memang satu kemestian. Hiks. Paling suka window shopping dengan Suzy. Hikhik. Dengan dia best, boleh jugak borak pasal korea-korea. -Nurul Amalina is feeling happy- Eceh bajet facebook gittew. Dia minat Running Man dengan CN Blue kay. Jung Yonghwa pujangga dia kot. Miahaha. Makang makang, borak borak, gossip gossip, jalan jalan. Hewhew

Dak lama lagi result upu keluar. Hm nervous sebenarnya ni. Mudah mudahan Allah permudahkan segala-galanya. Amin ya Rabb.

Suzy, Le Me, Tika
Students buat surprise farewell party. I iz touched (:
Thank you for reading this entry 

25.6.13

Suzyla Zie



 Assalamualaikum.



Hi Suzyla Zie, happy birthday. Hang jadi makin kurus lawa dalam mimpi aku. Haha . Terima kasih sebab jadi kawan aku dari form 3. Terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk aku masa form 4, 5, 6, 7. Terima kasih sebab sudi gelak ketawa dengan aku. Terima kasih sebab dengar segala masalah aku. Terima kasih jadi peneman ke tandas, ke mana mana lah. Terima kasih sudi merepek pasal future dengan aku. Terima kasih sebab nak curi oppa oppa aku. Ingat lagi kalau aku pernah janji dengan kau, aku mau bawa si Kyuhyun (superjunior) jumpa kau? Hhahaha harapannnn. Harapan menjadi layu~~ Aku minat EXO weii.

   
*Tukar mood. Ehemm~*


Sorry to say tapi umur kau dah masuk 20. Hehe okay stop. Hm. Maaf sebab aku bukan kawan yang terbaik untuk kau. Maaf sebab jarang ada disisi mu bila kau perlukan. Maaf sebab aku selalu sakitkan hati kau. Maaf sebab aku selalu lupa birthday kau /sobbing loudly/. Maaf selalu menyusahkan kau. Maaf buat kau terluka. Kita pernah ada salah faham time lower 6, I screw up a lot, and I ignore you too. I don't know why but I still love you!




I know I was wrong, I know I messed up, and that's why I'm sitting here typing this up. I'm sorry pal. Happy 20th Birthday. May Allah bless you dunia & akhirat~ Bff right? 변태


Remember when...

Assalamualaikum!


Ececeh title entry tu kemain lagi yeww. Hewhew. Ha biaq la aku teruskan eh. Ingat dak lagi tahun 2011, aku pernah post entry pasal A Crazy Little Thing Called Love? Aisemen. Aku tanya ni macam lah ada orang baca blog aku kan? /menangis darah/



So siapa siapa yang belum pernah baca, ni dia (entry 1) (entry 2) . Hikhikhik. Dulu aku kemain lagi fall in love dengan mamat Thai tu, si Mario Maurer. Even  kat Twitter, tiap hari aku mention dia dok tulis i love you segala /ew gatainya aku/



Ni nak habaq mai ni, tiap kali mention dia tu, dalam lubuk hati aku yang paling dalam, teringin nak kena reply. /sedihnya hidup aku/ huahuhahua~. So aku pun tanpa mengenal erti putus asa terus merogol (amboih ayat) mention timeline dia dengan harapan dia perasan akan kehadiran aku di muka bumi ini.



After berbulan bulan lamanya menunggu, okay tipu. Actually dua minggu ja, akhirnya Allah kabulkan doaku. Why?? Ahem. Lemme show you



Kali ni betul betul menangis darah. P'shone!!! Dia reply tweet aku weh! Hua meleleh leleh hingus aku~~~ Biasanya aku tweet I love you kat dia. "Why our time never match" tu actually aku ambil dari lirik lagu movie dia tu. Huahuahua. Finally dia tau jugak kalau aku ni wujud! Yeyyy.

23.4.13

Fanfic?



Assalamualaikum.... Hehe. Long time no see dear bloggie. Mau bagitau fanfic favorite aku ja. Fanfic ni cerita dongeng yang ditulis oleh peminat peminat kpop sekalian alam. Haha. Okay2. Tajuk dia My Crazy Hot Aliens and My Crazy Hot Aliens II: The Invansion. Kyaa~~ EXO sebagai watak utama~~ Sumpah memangg best gila gila gila. Genre cerita ni romantik komedi :D

Time stpm(2012) pun fanfic ni ja yang aku baca. Hohoho. Biar lah aku bagi sinopsis My Crazy Hot Aliens sikit k. But before ni aku nak ingatkan, cerita ni tiada kaitan antara yang hidup dengan yang sudah tiada okayy get it? Haha. Dalam cerita ni, reader(kita ah) ni dikira watak utama. Nama reader dalam cerita tu No Haebin. Haebin ni selalu dapat nasib malang. Bapa dia dah meninggal 3 tahun lalu.

Then EXO K ni alien yang berasal dari Exoplanet. Haha. Diorang ni ditugaskan untuk belajar pasal populasi manusia cemtu. EXO K terdiri daripada Suho (leader), Chanyeol, Baekhyun (my baby :p), Kai dan Sehun (my baby too :D). EXO M hanya muncul dalam cerita kedua kayyy. Then Haebin ni kena jadi tour guide diorang semasa di Bumi...........

Haa macam tu lah agak agak cerita dia. Kalau tak faham faham jugak, aku suggest hang pergi baca cerita ni. (:

Tapi kalau tak nak baca tak payah ah

Meh laa aku bagi tengok sikit isi cerita dia. Hoho

Hihihihihihihihihihi. Time ni diorang pergi shopping untuk EXO K sebab baju alien diorang ( baju yg diorang pakai dalam mv history) kononnya pelik. Hihi. Okayy kids. That's all for today. Baca jangan tak baca.

Genite (;


Saja mau tayang muka seshi Baekhyun ^^



p/s : Ehem. As you know, kiyomi or gwiyomi agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang ni. Bila aku buka youtube nak search pasal kpop ni, terjumpa ah video kiyomi diorang yang super comel itu. Tak nak tengok sebenarnya, tapi tangan ni menggatal nak bergerak :p So don't blame me. Bukan aku perfect sangat nak cakap diorang(segelintir) kat youtube tu tak comel buat kiyomi, tapi masalahnya memang tak comel! Sangat sangat tak comel!! Gedik ada laa~ Menangis aku tengok kiyomi diorang. Bukan apa, kiyomi ni asalnya dicipta oleh retis korea, Ilhoon dari kumpulan BTOB. Orang korea buat memang comel, but...........ugh nevermind. ;A;

Problem aku kritik kiyomi diorang? Deal with it.

2.2.13

Marriage


Assalamualaikum~

Di hari yang mulia ini, saya Nurul Amalina ingin------ Cehh apa aku merepek ni? Haha. Hmm dah baca title entry ni? Yup marriage. Sejak umur aku mencecah 19 tahun ni, agak kerap perkataan tu menampar gegendang telingaku. Hihi. Bukan aku okay, tapi insan insan di sekelilingku. Semalam adik lelaki si Baybie baru melangsungkan perkahwinan. Comel je aku tengok. Eh kejap, adik si Baybie? Baybie ni berapa umur dia? Haa Baybie ni 20thn dah. Habis tu umur adik dia berapa? Hihi adik dia 18thn. Cepat jodoh dia sampai. Hehe. Terasa tua diri ini.

Then balik dari wedding si Amin (nama adik siBaybie), aku on twitter *wajib, facebook, aff, tumblr, youtube. Hahaha. Then aku perasan satu noti aku kat facebook. Patima invite aku pergi wedding seseorang ni. Ih takmau ah. Tak kenal ni lelaki ni. Lepastu tergerak hati aku nak tengok invitation tu, alih alih bakal pengantin perempuan tu kawan aku, Farah Aunee. Laaaaaa...... Aunee yang nak kahwin? Tekezut wa tau tak! Aunee ni classmate aku time form 4 saaaaaaaaaaampai lah form 5. Hihihihihihihihi. Form 4 dia seat-mate aku. Aunee ni sangat lah lemah lembut orangnya. Sopan, baik, lawa, rajin, alim. Eh memang kellaass lah. So tak hairan lah kan dia dah nak kahwin. Ramai kot romeo diluar sana yang sudi jadikan dia sebagai isteri. Dah lama dah tak jumpa Aunee. Kali terakhir jumpa last year bulan 5.

So to my dear friend Aunee, even though masih awal, I just want to say Selamat Pengantin Baru sahabat~ Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu. Semoga Allah himpunkan antara kamu perasaan kasih sayang, ketenangan, persefahaman, dan kebahagiaan serta jiwa yang tabah menghadapi setiap cabaran dan dugaan hidup berumahtangga.

Rasanya seperti baru semalam kita kenal, bergurau senda and meluangkan masa bersama. Thank you so much atas segala nasihat berguna. I appreciate it very much. Thank you sebab selalu tunjukkan mana yang baik and mana yang buruk. Thank you for everything! I love you so much friend. Be a good wife to your husband. In shaa Allah. *tarik hingus* Opps. Terlebih terharu dah ni sampai meleleh air mata ni. Okay lah. I nak layan feeling I dulu. Salam~


"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah"
[Surah Al-'Imran ; 159]


13.1.13

Ku menangis tak berlagu

Assalamualaikum

GDA tu apa? Awwh. Ah apa apa? Binatang apa tu? Golden Disk Awards? GDA ni ala ala Korean Grammy Awards katanya. So tahun ni GDA akan diadakan di Malaysia. Ntah kenapa diorang pilih Malaysia ni. Nanti tak pasal pasal abe jed jaidi dgn abe shem bangfes pegi memberontak kan? Well what ever. Memandangkan GDA ni dibuat kat Malaysia, hidupku berubah 360 darjah start 14.01.2013 sampai lah 16.01.2013.

Ekceli aku tak kisah sangat pasal GDA ni. Yang buat aku merana separuh hidup ni gara gara aku tak dapat nak jumpa buah hati aku. Tuiihh.
Hwargghh. Why?? Just why??!!  Tambah tambah lagi ada L, Baekhyun, Sehun, Luhan, Daehyun, Zelo, Kyuhyun. *ambik kau huruf L tu. Biaq nampak betapa aku tekankan sangat nada aku kat situ
Kenapa datang time aku masih duk Sabah haa??! Serious memang cepat betul aku bad mood sekarang.
Haa salahkan GDA ni! Kang tak pasal pasal aku serap kuasa Kris oppa, terbang dari Sabah ke Sepang International Circuit then bakar semuanya.

Eyyy. Ramai gila retis kpop yang datang. Wuwuwuw. Jeles weh kat uolls yang tinggal kat KL tuh. Untung lah! )':
Ado Shupa Junio (Super Junior), EXO, Infinite, B.A.P, CN Blue, SHINee, GD, BtoB and ramai lagi lah. Lemah sendi urat urat lutut aku nak list kan semua. Bertambah teruk mental breakdown eden. Sobs.
Malas ah! Baik aku tidoq. Manatau dapat jumpa dengan diorang. Huhuhu. Kbai.

L: Good nite honey! See you in our dream!

Happy birthday sexy. Haha

Bye. I nak gi tido. *Landing*