24.5.12

MY FUTURE UPDATE (diakui kedongengannya) *my version


ping~ (BBM) 5.30am
silly prince: awak! bangun. g mandi and solat.


eh! macam mana aku boleh ada di meja nie? oh ya. baru aku teringat. semalam aku terlelap ketika sedang memeriksa kertas exam student ku. ya. kini, aku berjaya merangkul gelaran "CIKGU". :) aku mengesat mata. aku terus berlalu ke bilik air untuk mandi dan kemudian menunaikan solat subuh. usai berdoa, aku mencapai Samsung Galaxy ku dan b'chat with "silly price"  merangkap tunangku yang merupakan seorang pilot.


juliet capulet: thanks awak kejutkan saya. (: x
ping~
silly prince: your welcome, princess <3


aku pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan buat adik-adik ku memandangkan mama dan abah sedang menunaikan haji buat kali yang ke 5. ketika sedang menikmati neslo, handphone ku berdering. melihat nama yang tertera di skrin membuat ku tersenyum.


tika: assalamualaikum duuuuuuttttt!
me: waalaikumsalam ikaaa! kenapa ni?
tika: dut, i have something to tell you.
me: yeah? apa dia?
tika: teka la. hihihi
me: aiyee. malas ah mau teka-teka ni. cakap la cepat.
tika: hehe. bakal imam propose aku!
me: huh?! seriously? jangan main-main. apa kau mau bagi dia makan nanti?
tika: eleh. kau pikir aku nda reti masak ka? maggie pun boleh kasi hidup apa? betul dut. we're geting married.
me: finally! syukur ika! ee. sukanya aku. congrats dear~ weh, kalau nikah WAJIB pakai tudung yaa.
tika: okay bos. menurut perintah. hehe. thank you yuk.
me: bila nikah? majlis resepsi bilaa?
tika: belum lagi. tunggu naik duit dulu. eh okay la. aku mau inform diorang yang lain lagi. lucu lucu reaksi kamu. si suzy cakap lagi siapa bakal ipar yang malang. adaka patut. haha. aku mau call si baybie ni mintak ajar masak sarapan. bye dut. assalamualaikum
me: hahaha. waalaikumsalam.



setelah mematikan talian, aku mendapat sms dari suzy "tika getting married". ya. i know kawan. tak lama lagi ada ipar baru. 3 bulan lepas, suzy baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan muslim ahmad. alaaa. pemain bola sepak malaysia tu. dan kini, tika sedang mengikut jejak langkah suzy, nisa, baybie, asmah dan yang lain.


group SRC happening dengan berita perkahwinan tika. semua happy tidak terhingga. sempat bergurau senda dengan karenah manja nya. wall facebook nya juga penuh dengan ucapan tahniah. majoriti dari sahabat sahabat lama ;) baybie pula sibuk mengajar tika cara memasak mee mck kantin dulu dan hati masak kicap utk sarapan pagi.


hari berganti hari.  tarikh pernikahan tika kini tiba. 'silly price' menjemput aku di rumah. kami menggunakan warna baju yang matching hari itu. setibanya di rumah tika, kelihatan ramai orang berduyun-duyun datang ke acara pernikahanya. wah ramainya~ mengalahkan artis la pulak dia ni. aku dan 'silly prince' tersenyum ketika melihat kelibat tika yang mengenakan baju putih-pink nya sambil duduk. "cantik dan anggun!" bisik hati ku. tiba-tiba seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ala-ala mat salleh datang memelukku. eh! anak siapa pulak nie terlepas dari kandang? tapi comell! oleh sebab sukakan children, 'silly prince' terus mendukung that little boy. "Danish....." baybie & husband mendekati aku dan 'silly prince'. laa. anak si baybie rupanya. hehe. suzi kemudian datang menyapaku "yuk, dengan miyyo juga kau akhirnya". aku tersenyum riang. kelihatan di satu sudut asmah sedang menikmati kuih muih yang disediakan bersama suami nya. waah ~ sweet nya. siap suap menyuap lagi.


pandangan mataku kemudian jatuh kepada seorang jejaka dan wanita di sofa. eh! bukan kah itu aimran dgn hera? jodoh mereka tak ke mana rupanya. kemudian kedengaran bunyi enjin motorsikal masuk ke perkarangan rumah tika. pasti si kasman dengan si suri. hehehe. sementara menunggu acara bermula, aku, tika, baybie, elin dan fifi membuat video call dengan nisa yang berada di korea bersama suami yang tercinta. selesai 'hello hello' with nisa, datang seorang wanita separuh umur mengucapkan tahniah kepada tika. ehh. mcm kenal la mak cik ni. tapi siapa yaa? after berfikir beberapa ketika, pandangan matanya yang tajam mengingatkan aku kepada seseorang. "zie, siapa auntie nie?" "yuk ! cikgu katy bah tuuuu. apa la kau nie. lupa ka?" Allah. patut la mcm kenal cara memandangnya. tapi comel je time senyum. hihihi.


majlis akad nikah tika berlangsung di masjid. ketika berada di masjid, semua orang mengambil tempat masing-masing untuk menyaksikan hari yang bersejarah buat sahabat ku. para cameramen sibuk menjalankan tugas mereka. aku duduk bersebelahan dengan suzy dan baybie. miyyo aka silly prince menghantar sms kpd ku. "we're next. :D" aku tergelak kecil. aku sempat mendengar suzy berbisik kepada tika "bakal imam akan jadi imam suda lepas ni. congratulations." . alhamdulillah. dengan sekali lafaz, CIK NUR ARTIKA kini bertukar status kepada PN. NUR ARTIKA.


p/s entry ni kesinambungan dari entry Tyqah Yunus dan Suzylazie  . lulz ;)